Friday, March 9, 2012

Akhirnya selesai

Alhamdulillah segala penantian telah berakhir...tanggal 8 mac 2012 adalah hari yang penuh debaran buat semua yang bergelar kakitangan kerajaan...satu keputusan yang muktamad telah diumumkan oleh PM kita...so aper yang korang raser with that decision..honestly bagi diriku ia adalah adil untuk semua...n sesungguhnya ku bersyukur dengan segala rezeki yang Allah kurniakan....rezeki yang harus dikongsi bersama....

Ni diriku cilok from fb mber2 yg p perhimpunan bersama PM semalam...
Intipati dari Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Y.A.B Perdana Menteri :
1. SBPA yang diperkenalkan pada 1 Januari 2012 dibatalkan dan sistem saraan kembali kepada SSM yang ditambahbaik.

2. Penubuhan sebuah suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja melalui prinsip mesyuarah, perundingan dan permuafakatan untuk mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan masa hadapan yang diperlukan oleh Negara. Segala cadangan dari Suruhanjaya ini akan dipertimbangkan oleh kerajaan mengikut kemampuan kewangan Negara.

3. Selaras dengan komitmen kerajaan (bajet 2012), diumumkan pelarasan gaji berdasarkan jadual gaji matrix SSM mengikut peratusan bagi gred-gred berikut:
a) Gred 1 – Gred 54 - pelarasan gaji 13%
b) Gred Utama dan Khas - pelarasan gaji 9%
c) Turus III dan II – pelarasan gaji 8%
d) Turus I dan KSN – pelarasan gaji 7%

4. Struktur gaji SSM akan diubah dari jadual gaji matriks ke jadual gaji minima-maksima dengan kadar kenaikan gaji tahunan KGT bagi Gred 1-54 ditetapkan diantara RM80 – RM320 mengikut gred. Bagi kenaikan gaji tahunan JUSA dan keatas kekal seperti SSM dgn diberi pelarasan ikut peratusan yang ditetapkan.
5. Kadar bantuan sara hidup (KOLA) bagi kawasan B dinaikkan dari RM200/bln kepada RM250/bln. Manakala kawasan C dinaikkan dari RM100/bln kpd RM150/bln.
6. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), BIW, BIP, BISP dikekalkan perlaksanaannya mengikut sistem sediaada.
7. Keputusan penambahbaikan laluan kerjaya guru-guru kepada “time based” dikekalkan.

PM berharap semua berpuas hati dan terima dengan baik.



No comments: