Assalamualaikum...
Kata orang tetamu tu pembawa rezeki kan...but takut tak kalu tetamu yg hadir menakutkan kiter..seriau gak dibuatnyer kan...
Itu la yg terbaca dalam harian metro
KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri yang lena dibuai mimpi terkejut dengan kehadiran tetamu tidak diundang yang tidur sekatil dengan mereka dalam kejadian di Flat Awam Jalan Hiliran, di sini, semalam. Kehadiran suspek warga Nepal itu hanya disedari mangsa yang juga anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 4.15 pagi selepas anak mangsa berusia dua tahun menangis kerana dihimpit suspek yang tidur sekatil bersama keluarga berkenaan.
Menurut sumber, kejadian berlaku apabila suspek berusia 31 tahun yang mabuk menceroboh rumah mangsa sebelum tidur sekatil bersama keluarga berkenaan.“Sebelum kejadian, anggota polis terbabit tidur pada jam 1.20 pagi sebelum terjaga apabila mendengar tangisan anaknya yang tidak selesa akibat dihimpit. “Mangsa yang terkejut dengan kehadiran suspek tidur di katilnya terus menahan lelaki terbabit.
“Suspek dibawa ke Balai Polis Chabang Tiga dengan bantuan anggota Rakan Cegah Jenayah Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin yang dihubungi semalam berkata, suspek yang bekerja sebagai jurujual pasar raya raya ini dipercayai tersilap masuk ke kediaman mangsa akibat mabuk. Katanya, suspek dipercayai masuk melalui pintu utama.
Huhu..cmne tu leh berlaku...kalu la si Nepal tu wat aper2 kat budak tu cmne??ni mest kes tak kunci pintu la tu smpi org leh masuk...huhu
Hopefully kejadiaan tu tak berulang n moga kami sekeluarga dijauhkan benda2 tak elok tu...
6 comments:
astaghfirullah, camner leh masuk lak tu.. huhu takutnya...
Tu la pasal..memng terkejut baca berita tu...
lerr..ada pulak mcm tu...seriau jek..
Tul tu kak bell; mintk2 dijauhkn
Tul tu kak bell; mintk2 dijauhkn
Tul tu kak bell; mintk2 dijauhkn
Post a Comment